Cuaca

Bilakah masa yang sesuai untuk melancong ke Cameron Highlands? Dalam cuaca panas mahupun hujan, Cameron Highlands tetap menawan.

Cuaca di Cameron Highlands adalah dingin sepanjang tahun. Suhu di sini adalah dalam lingkungan 14°C minimum ke 28°C maximum. Musim monsun ialah dari November sehingga Februari. Walaupun begitu, adalah kebiasaan untuk hujan turun di luar musim monsun. Musim kering ialah dari Februari sehingga April.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, suhu di tanah tinggi ini telah meningkat dan agak tinggi pada waktu siang. Bulan Disember sehingga Februari merupakan masa yang paling sejuk sepanjang tahun di mana suhu boleh turun hingga 10°C.