Bagaimana ke Cameron Highlands?

Anda boleh ke Cameron Highlands menggunakan jalan dari Ipoh (Perak), Gua Musang (Kelantan) dan Raub (Pahang). Laluan yang paling popular ialah Jalan Simpang Pulai jika anda dari Kuala Lumpur atau Pulau Pinang walaupun ada yang gemar jalan lama melalui Tapah dari selatan.

Dari Selatan melalui Tapah (Jalan Lama)

Cameron Highlands terletak kira-kira 300km dari Kuala Lumpur, lebih kurang 3 jam perjalanan melalui Lebuhraya PLUS. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, pandu ke arah PLUS mengikuti papan tanda jalan ke Ipoh. Apabila anda sudah berada di lebuhraya, teruskan memandu ke utara kira-kira 1.5 jam sehingga anda tiba di Tapah. Ambil Exit 132 keluar ke Tol Tapah. Setelah membayar tol, pusing kiri di lampu isyarat dan teruskan perjalanan ke Cameron Highlands. Dari sini jalan akan bersimpang siur sedikit sepanjang 60 km.

Jika anda dari utara, ambil Exit 132 di Tapah dan ikut jalan sama seperti di atas. Masa yang akan diambil untuk sampai ke Tanah Rata dari Tapah ialah 1.5 jam. Perlu diingatkan tiada stesen minyak di sepanjang jalan sehingga anda sampai ke Ringlet. Pastikan anda telah mengisi minyak di Tapah untuk keselesaan perjalanan anda.

Tip memandu:

  • Kadar tol dari KL (Tol Jalan Duta) ke Tapah ialah RM19.40.
  • Hentian rehat terakhir sepanjang lebuhraya ialah Hentian Rehat Tapah kira-kira 3km dari Exit 132. Jika anda terlepas yang ini, anda masih boleh berhenti di sebelah kiri exit tol.
  • Jalan dari Tapah ke Cameron Highlands bersimpang siur. Jika anda ada membawa penumpang yang mabuk kenderaan, pastikan anda sudah sediakan beg plastik secukupnya
  • Banyak kenderaan berat yang menggunakan jalan ini, berhati-hati terutama jika hendak memotong.
  • Ketika musim hujan, berhati-hati akan batu dan dahan tumbang di atas jalan.
  • Untuk yang pertama kali memandu ke Cameron Highlands, memandu pada waktu malam tidak digalakkan terutamanya ketika hujan.

15751915

Dari Utara melalui Simpang Pulai/Ipoh

Sejak jalan dari Simpang Pulai dibuka, lebih ramai orang menggunakan jalan ini ke Cameron Highlands kerana jalannya yang lebih luas. Ini adalah jalan terpantas ke tanah tinggi jika anda datang dari arah utara (Pulau Pinang atau Ipoh). Anda hanya mengambil masa 45 minit untuk ke Kampung Raja dari Simpang Pulai.

Ambil Exit 137 (Simpang Pulai) dan pusing kanan di lampu isyarat selepas tol. Pandu kira-kira 200 meter sebelum anda menjumpai lampu isyarat. Pusing kanan sekali lagi dan anda akan menghala terus ke Cameron Highlands. Anda akan disajikan dengan pemandangan gunung-ganang di sepanjang perjalanan yang sangat cantik.

Selepas satu jam anda akan tiba di simpang Kampung Raja. Pusing kanan untuk masuk ke pekan Kampung Raja. Anda kini berada di Cameron Highlands dan Cuma perlu ikut jalan utama untuk ke destinasi seterusnya. Brinchang & Tanah Rata terletak kira-kira 25-30 km dari sini.

Tip memandu:

  • Jika anda memandu dari selatan (Kuala Lumpur) jalan ini lebih jauh jika destinasi anda adalah Tanah Rata atau Brinchang
  • Pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik dengan landskap gunung-ganang yang memukau.
  • Disebabkan jalan kurang bersimpang siur, ada pemandu yang memandu laju di sini. Awas akan selekoh tajam di sesetengah kawasan.

Syarikat Bas di Tanah Rata, Cameron Highlands
(Kurnia Bistari Expree & Regal Transport & Co)

Daily & Direct Bus Service

Kuala Lumpur
Bermula 8.00(VIP), 9.00am(VIP), 10.30am, 1.00pm(VIP), 2.30pm(VIP), 4,30pm

Penang, Butterworh & Ipoh
Bermula 8.00am(VIP), 9.00am, 2.30pm(VIP), 5.30pm.

Alor Setar
Bermula 8.00am, 1.30pm.

Pulau Pangkor (Lumut)
Bermula 8.00am.

Pulau Perhentian, Gua Musang Bermula 10.30am.
Kota Bharu & Taman Negara Bermula 10.30am.
Taiping & Kuala Kangsar, Johor Bahru & Melaka

Bus Station, Main Road, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands.
Tel:05-4911212 & 05-4911313 Tel/Fax: 05-4912978