Eksplorasi Mossy Forest, Gunung Brinchang

          TENTATIF PROGRAM LAWATAN SEPARUH HARI

  • Perjalanan bermula di perhentian Ladang Teh Sungai Palas, antara ladang the terbesar di Asia Tenggara, sebelum mendaki puncak tertinggi di Cameron Highlands. (Gunung Brinchang terletak pada ketinggian 6666 kaki dari aras laut)
  • Mendaki menara peninjau dimana anda akan kagum dengan pemandangan persekitaran yang indah dengan udara yang segar dan nyaman.
  • Anda akan berjalan mengikut laluan trek ke dalam hutan Mossy dan berjump dengan  beberapa flora eksotik seperti periuk kera, halia liar, pokok paku pakis yang primitif dan orkid liar. Malahan, anda juga boleh mempelajari teknik asas ikhtiar hidup dalam hutan dan pokok-pokok asal daripada pemandu pelancong kami yang berpengalaman. (Hutan Mossy  juga dikenali sebagai hutan kabus di mana kebiasaannya diselubungi kabus yang memberikan pengalaman umpama di alam fantasi)
  • Dari kawasan gunung, anda akan dibawa ke kila teh tertua di Malaysia. Di sini, lawatan akan dibawa oleh pegawai di kilang.
  • Menikmati secawan teh di “Ummph” Tea Cafe, di mana anda akan mengagumi keindahan panorama ladang yang sangat menawan.
  • Akhir sekali, pemandu pelancong akan membawa anda ke hentian terakhir iaitu Taman Rama-Rama. Di sini anda boleh perhatikan pelbagai spesis rama-rama yang cantik termasuk spesis Raja Brooke yang terkenal, serta pelbagai jenis serangga dan ular.

Perincian Lawatan:

  • Waktu berlepas     : 8.30 am
  • Tempoh                 : Lawatan separuh hari
  • Kadar                     : RM 55.00 (dewasa) & RM 40.00 (kanak-kanak)

 

(kadar tidak termasuk tiket masuk RM5 ke Taman Rama-Rama)

       

(caj tambahan untuk transfer dari Lakehouse-Tanahrata-Lakehouse ialah RM 20.00 seorang)

(lawatan tertutup boleh diaturkan dengan caj tambahan)